エピソード

  • Sambutan Eidul Fitri Konsulat Jeneral Malaysia Raikan Perpaduan
    2025/04/08
    Bagi warga Malaysia, sambutan Hari Raya Eidul Fitri berterusan sepanjang bulan Syawal yang mulia. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne yang memaparkan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • Tiga Rumah Terbuka Berlainan Citarasa Bersatu Jiwa Menyambut Syawal
    2025/04/04
    Sempena sambutan Eidul Fitri tahun ini, SBS Bahasa Melayu dijemput menghadiri tiga rumah terbuka di persekitaran bandar Melbourne. Selain menikmati juadah yang enak, Zaini Ahmad berpeluang menemubual tiga hos majlis terbuka serta para tetamu untuk mengetahui pengalaman mereka menyambut Eidul Fitri di perantauan.
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • Norasiah Hassan Tekad Amalkan Kebajikan Walaupun Berdepan Ancaman
    2025/03/29
    Pada penghujung bulan Ramadan yang mulia, Zaini Ahmad menemubual seorang warga Melayu yang tidak henti menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
    続きを読む 一部表示
    11 分
  • Warga Emas Aiyah Tipene Merenung Ramadan Dahulu Dan Sekarang
    2025/03/25
    Kini menyambut Ramadan di perantauan hampir tiada bezanya berbanding di tanahair. Namun, bagaimana dengan mereka yang berhijrah ke negara ini separuh abad lalu? Zaini Ahmad kunjungi seorang warga Melayu 95-tahun untuk mendengar pengalaman beliau.
    続きを読む 一部表示
    9 分
  • #82 Describing taste (Med) - #82 Menerangkan Citarasa (Med)
    2025/03/22
    Learn how to describe the taste of food. - Pelajari bagaimana untuk menerang atau menggambarkan rasa bahan makanan.
    続きを読む 一部表示
    16 分
  • First Nations languages: A tapestry of culture and identity - Bahasa Asli Warga Pertama Australia Kaya Dengan Budaya dan Identiti Bangsa
    2025/03/20
    Anyone new to Australia can appreciate how important it is to keep your mother tongue alive. Language is integral to your culture and Australia's Indigenous languages are no different, connecting people to land and ancestral knowledge. They reflect the diversity of Australia’s First Nations peoples. More than 100 First Nations languages are currently spoken across Australia. Some are spoken by only a handful of people, and most are in danger of being lost forever. But many are being revitalised. In today’s episode of Australia Explained we explore the diversity and reawakening of Australia’s First languages. - Setiap pendatang asing, termasuk warga Melayu yang kini menetap di Australia, sedari akan kepentingan mengekalkan bahasa ibunda demi mempertahankan bangsa dan budaya. Ini termasuklah kaum warga pertama negara ini yang bertutur dalam lebih 100 bahasa asli di seluruh Australia. Sebilangan dari bahasa asli ini hanya ditutur oleh segelintir golongan sahaja, justeru menimbulkan risiko kepupusan bahasa terbabit. Namun, sebilangan besar bahasa asli lain giat dipergunakan. Dalam episode Australia Explained kali ini, SBS Bahasa Melayu meninjau kepelbagaian dan kebangkitan semula bahasa asli warga pertama Australia
    続きを読む 一部表示
    12 分
  • Nik Nasyron Kongsi Pandangan Masuk Tahun Ke-3 Selaku Konsul Jeneral
    2025/03/14
    Kini masuk tahun ketiga Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dihantar ke Melbourne untuk mengambil alih jawatan Konsul Jeneral Malaysia di ibu kota negeri Victoria ini. Apakah pandangan beliau terhadap Melbourne dan Victoria serta warga Malaysia yang menetap di sini? Zaini Ahmad berpeluang menemubual Nik Nasyron untuk mengetahui apakah hasrat dan matlamat beliau seterusnya.
    続きを読む 一部表示
    17 分
  • Bazaar Ramadan Bukan Setakat Peluang Meraih Keuntungan
    2025/03/06
    Di Malaysia, semakin ramai yang mempersoalkan aspek komersil bazaar Ramadan yang dianggap keterlaluan yang bercanggah dengan matlamat berpuasa. Namun di Australia, matlamat bazaar Ramadan agak berbeza. Zaini Ahmad mengunjungi Bazaar Ramadan Noble Park di Victoria untuk menghayati apakah perbezaan ini.
    続きを読む 一部表示
    8 分